Coretan si gadis kecil dengan dunia besarnya .



Sunday, 28 October 2012

satu malam [part 2] :

Aku tidak pernah menyangka akan menjalani cerita hidup sebegini.
kenapa ? 

sebab rasanya cerita hidupku seperti jalan cerita novel, 
ya novel. sebuah novel yang pernah aku baca , sebuah 
novel yang aku pinjam dari si dia sebelum dia bergelar
yang istimewa di hati ini.Novel yang berjudul ''Diam-diam rindu''

pernah baca ka ? 
 novel itu menceritakan tentang seorang gadis yang telah dilukai hatinya oleh bekas kekasihnya
dan jerak utk bercinta , namun kehadiran sahabat lamanya telah membuka hatinya kembali
untuk merasakan kehangatan cinta yang telah lama hilang di dalam dirinya.

serrr !! tapi yang bestnya, cerita tu berakhir dengan happy ending ... Biasalah novelkan..


berbeza dengan cerita  aku dan dia.

cerita kami penuh dengan dugaan ,
tadi aku baru jak dapat khbar yang buruk mengenai hubungan kami.
entah dari mana khbar angin tu muncul.
khabar angin yang telah menjatuhkan maruah aku sebagai seorang gadis.

aku tak tahu siapa yang terlalu bijak dan dengki dgn hubungan ni.
seingat aku , aku tak pernah buat salah dengan orang.
atau berkata sembarangan di belakang .
ntah kenapa boleh wujudnya cerita ini.

orang yang tidak mengenali aku dan dia pasti percaya akan cerita itu.
aku yakin.
tapi aku tidak yakin sama ada orang yang mengenali kami tidak akan percaya cerita itu.

ntahlah aku hanyaa mampu berserah kepada Allah ,
jika dengan cubaan ini dapat menguji keimanan ku,
aku terima dengan ikhlas dan redha dengan apa yang akan terjadi.

Sesungguhnya Allah maha melihat dan mendengar,
sesungguhnya Allah tidak pernah tidur .

Wahai orang beriman , janganlah kau butakan hati mu dengan hasutan syaitan dan kehendak nafsu mu.

Saturday, 27 October 2012

Satu malam [part 1]




Satu malam yang penuh dengan perasaan marah .

Satu malam yang penuh dengan perasaan rindu .

Satu malam yang penuh dengan perasaan bersyukur kepada ilahi .

Malam ni, malam ni aku duduk kesepian tanpa sesiapa menemani.
sedang aku duduk di tepi jendela menyaksikan bulan dan bintang, aku terkenang akan cerita cinta ku,
cerita cinta antara aku dan si dia  .
sungguh indah.

Tuesday, 9 October 2012

keluhan hati



Hello wello sello thre :)

assalamualaikum. i am back ! i am back . and i am awesome !

[*chop ! apa aku merepek ni =..=]

ehem..ehem..

pejam kelip pejam kelip, eh dah nak dekat SPM dah . yep SPM !!
seram ka bunyinya ? tak seram lah bagi yang telah lalui , tapi ia nya seram bagi pelajar yang AKAN menduduki peperiksaan BESAR ni.. SANGAT!!

bila SPM dah nak dekat pasti ramai pelajar spm yang berubah kan ? contohnya dari segi pembelajaran , sekarang ni semua pelajar spm tengah strugle kan ? dan pastinya sekarang ni ramai pelajar spm yang mulai menjaga adap percakapan mereka dengan orang yang lebih tua dari mereka kan ? [ say it yes  ! haha ]

But for me, thre is  a little bit different , for me bila tahap kesabaran dah habis dan bila hati ini tidak boleh menahan akan perasaan yang terbuku di dalam dada maka meledak la ia seperti gunung berapi  !
kenapa aku cakap macam ni ? sebab seorang guru yang bernama [rahsia] telah menguji tahap kesabaran ku selama 1 tahun 10 bulan ini !

Maaf , awal kata yang hanya mampu aku katakan . Bukan niat ku untuk bersikap kurang ajar tapi aku cuma menjawab apa yang di tanya , tapi kenapa harus kau[cikgu] yang panas ? ada sedikit kemuskilan di situ .

Menjadi seorang guru tidakla muda seperti yang disangka , yep dan aku akui itu,
menjadi seorang guru memang besar tanggungjawab nya, menjadi seorang guru haruslah mendoakan kesejahteraan muridnya , menjadi  seorang guru haruslah punya sikap yang amanah , menjadi seorang guru haruslah mempunyai sikap yang berdedikasi , sabar dan berakhlak .

kenapa ?

kerana seorang guru itu bak ibubapa kedua kepada murid di sekolah , jika guru itu tidak baik akhlaknya maka tidak baiklah akhlak muridnya. murid akan mencontohi gurunya, kenapa ?
itulah sikap remaja sebenarnya bila mencari identiti sebenar mereka .

[*aku merepek lagi]

seorang guru yang hanya mengambil kesempatan atas pelajar nya adalah tidak bertanggungjawab.
seorang guru yang hanya mendoakan keburukan dengan menggunakan kata kesat dan menyumpah muridnya adalah tidak berakhlak baik.
seorang guru yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan atas apa yang di amanah kan adalah seorang yang tidak amanah .

menjadi guru memang mudah dan senang , namun menjadi guru juga  mempunyai tanggungjawab yang sangat berat.

sekiranya guru itu hanyalah makan gaji buta , dan mengambil kesempatan atas kemudahan maka HARAMlah duit gajinya itu.

so , aku tak memang tak salahkan kerajaan jika kerajaan cakap yang '' guru malaysia tidak berkualiti"
kerana sesetengah guru memang tiada kualiti nya.