Coretan si gadis kecil dengan dunia besarnya .



Monday 30 July 2012

Dunia.



Tersenyumlah wahai hati yang bersedih . Jangan kau sia kan hari mu dengan cerita sedihmu.
Saat kita menempuh onak duri dunia, derita sekali sekala mencuit hati,
Hati remuk menangis tidak henti, kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati.

Ketika itu, sabar pun sudah tak dikenali lagi.
Dalam terharu, air mata tertumpah juga.

Wahai hamba illahi,
Begitulah kehidupan di dunia, penuh dengan teka teki dan tanda tanya.
Adakalanya kita tersangat gembira, adakalanya kita tersangat kecewa.

Namun, janganlah kau risau manusia ,
Allah itu tuhan kita,
Tuhan yang maha luas kasih sayangNya.
Percayalah , Allah tidak akan menduka hambaNya kecuali utk melihat hambaNya
Tersenyum diasana, tertawa di sana, berbahagia disana , insyallah di syurga.
yang mengalir dibawahnya , sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih kerana kesedihan itu telah kamu lalui kemarin,
dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pada hari keesokan nya,

Kesedihan demi kesedihan,
bakal membuat anda terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas akan terasa sempit.
Padahal, dunia inilah kesempatan kita untuk dekatkan diri kepada Allah s.w.t untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah.

Janganlah kau bersedih, tapi senyumlah wahai manusia, tuhan menguji tanda dia mnyyangi mu,Bersyukurlah wahai manusia .
 

No comments:

Post a Comment